Tuesday, November 24, 2009

Kita Dah Terlalu Selesa

Assalamualaikum n selamat sejahtera..

Dah agak berhabuk jugak la blog aku nih.

So arini aku nak ceritakan sumting yang bagi aku, berbentuk motivasi dan untuk membuka mata kita....

Aku harap semua yang bace post ni dapat membuka mata korang dan muhasabah diri supaya kita tahu di mana letaknya diri kita sebenarnye...

Harap semua dapat bace dengan tenang dan booleh la komen ape2 korang nak...
Insya-Allah aku reply balik..


KITA DAH TERLALU SELESA
Apa yang kita faham tentang ungkapan di atas ni???Mungkin pada pendapat sesetengah golongan, mereka tak mengambil-endah tentang perkara ini..Tetapi ada juga sesetengah orang yg faham akan situasi ini.

Jika kita lihat sekeliling kita, kita telah dihadiahkan dengan pelbagai kemudahan. Jika kita hendak bergerak kemana-mana, kita boleh menaiki pengangkutan awam dan sebagainya. Tetapi mengapakah masih ada yang merungut???Mengapa kita tidak bersyukur dengan apa yang kita ada??Jawapannya terletak pada ungkapan di atas.. KIta sudah terlalu selesa dengan apa yang kita miliki...

Kini kita mempunyai segala-galanya. KIta ada rumah untuk kita tidur, kita ada makanan untuk dimakan, kita ada air untuk diminum, kita ada segala-galanya..Tetapi persoalannya, mengapa kita masih bersungut????Mengapa kita jadi begini??Jawapannya terletak pada ungkapan di atas..

Lahirnya kita didunia ini, kita telah mempunyai segala-galanya. Kita telah disuapkan dengan gaya hidup yang senang. Oleh itu, kita tidak mampu untuk mengharungi cabaran yang mendatang. KIta sudah terlalu selesa. Pernahkah terfikir, ketika kita sedang bergelak ketawa, ada mereka yang menangis, ketika kita sedang merungut tentang makanan kita, ada yang lapar dan mati kebuluran, ketika kita nyenyak tidurdengan nyenyak, ada yang tidur beralaskan bumi dan mereka berharap tidak akan bangun lagi keesokan harinya...Pernahkah kita terfikir????

Kita sudah terlalu selesa..

Oleh itu rakan-rakan, muhasabahlah diri kita semula. Ubah minda dan perangai kita kepada sesuatu yang lebih baik. Janganlah kita sering merungut sebaliknya kita patut lebih bersyukur kerana Allah tidak suka hambanya yg merungut tetapi ALlah suka kepada hambanya yang bersyukur..

Mungkin sampai disini sahaja untuk kali ini...

Yang baik-baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri..

P/S :
Korang bace la post yang belabelkan motivasi.Insya-Allah ada sumtin yang korang dapat dan sama-sama kita berusaha mengubah diri kita untuk menjadi sum one yang lebih baik..

Feel free to comment