Tuesday, November 24, 2009

Kita Dah Terlalu Selesa

Assalamualaikum n selamat sejahtera..

Dah agak berhabuk jugak la blog aku nih.

So arini aku nak ceritakan sumting yang bagi aku, berbentuk motivasi dan untuk membuka mata kita....

Aku harap semua yang bace post ni dapat membuka mata korang dan muhasabah diri supaya kita tahu di mana letaknya diri kita sebenarnye...

Harap semua dapat bace dengan tenang dan booleh la komen ape2 korang nak...
Insya-Allah aku reply balik..


KITA DAH TERLALU SELESA
Apa yang kita faham tentang ungkapan di atas ni???Mungkin pada pendapat sesetengah golongan, mereka tak mengambil-endah tentang perkara ini..Tetapi ada juga sesetengah orang yg faham akan situasi ini.

Jika kita lihat sekeliling kita, kita telah dihadiahkan dengan pelbagai kemudahan. Jika kita hendak bergerak kemana-mana, kita boleh menaiki pengangkutan awam dan sebagainya. Tetapi mengapakah masih ada yang merungut???Mengapa kita tidak bersyukur dengan apa yang kita ada??Jawapannya terletak pada ungkapan di atas.. KIta sudah terlalu selesa dengan apa yang kita miliki...

Kini kita mempunyai segala-galanya. KIta ada rumah untuk kita tidur, kita ada makanan untuk dimakan, kita ada air untuk diminum, kita ada segala-galanya..Tetapi persoalannya, mengapa kita masih bersungut????Mengapa kita jadi begini??Jawapannya terletak pada ungkapan di atas..

Lahirnya kita didunia ini, kita telah mempunyai segala-galanya. Kita telah disuapkan dengan gaya hidup yang senang. Oleh itu, kita tidak mampu untuk mengharungi cabaran yang mendatang. KIta sudah terlalu selesa. Pernahkah terfikir, ketika kita sedang bergelak ketawa, ada mereka yang menangis, ketika kita sedang merungut tentang makanan kita, ada yang lapar dan mati kebuluran, ketika kita nyenyak tidurdengan nyenyak, ada yang tidur beralaskan bumi dan mereka berharap tidak akan bangun lagi keesokan harinya...Pernahkah kita terfikir????

Kita sudah terlalu selesa..

Oleh itu rakan-rakan, muhasabahlah diri kita semula. Ubah minda dan perangai kita kepada sesuatu yang lebih baik. Janganlah kita sering merungut sebaliknya kita patut lebih bersyukur kerana Allah tidak suka hambanya yg merungut tetapi ALlah suka kepada hambanya yang bersyukur..

Mungkin sampai disini sahaja untuk kali ini...

Yang baik-baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri..

P/S :
Korang bace la post yang belabelkan motivasi.Insya-Allah ada sumtin yang korang dapat dan sama-sama kita berusaha mengubah diri kita untuk menjadi sum one yang lebih baik..

Feel free to comment





Saturday, November 14, 2009

Nak balik kampus daaa!!!!!!!!

Assalamualaikum n sejahtera!!!!!!

Sok 15.11.09 aku da nak balik UiTM Shah Alam daa...
Sem due da start..
hoho
orang lain cuti, aku blaja..

Aku amek ASASI KEJURUTERAAN..
Under FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIA..
Ni la Science & Technology Tower 2..
Kat sini la aku blaja..
Beso woooo.....
haha

Ntok sem due ni aku still lg dok Kat KOLJ PERINDU..

sem lepas aku dok kat bilik 1509..
aku harap sem ni aku still dapat bilik tu lagi...
hehehe


Bagi yang bercuti tu...
Selamat bercuti!!!!!!!!!
Tapi yg kena masuk tu...
Korang pegi la blaja weh!!!!!!!!!!
haha

Rase nye takde pape nak ckp daa..
Moge berjumpa lagi...

Assalamualaikum n Babai!!!!!

Wednesday, November 11, 2009

Peminat Ohhh Peminat.....

Pelawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan & N.Sembilan baru shj berakhir.


Perlawanan yg dihadiri beribu-ribu peminat Kelantan dan Negeri Sembilan ini telah berakhir dengan kemenangan N.Sembilan dengan keputusan 3-1.

Namun begitu, perlawanan ini dicacatkan dengan kerugian sebanyak
RM 214 000..

Kerugian ini berpunca daripada tindakan liar peminat yg bertindak merosakkan harta benda di Stadium Nasional itu..
Peminat tergamak meembakar kerusi seperti di atas..
mengapa begitu??

Hal ini mungkin kerana peminat itu terlalu emosi sehingga tergamak buat perkara sebegini..
walaupun hanya segelintir peminat yang buat begini..
tetapi kerana nila setitik rosak sesusu belanga

Jangan sampai tahap peminat yg berkenaan tidak dibenarkan untuk menyokong di stadium lagi..

peminat haruslah menjaga etika masing-masing
jangan sampai memalukan pihak yg disokong

Kepada rakyat Malaysia,,,

Ubah lah sikap- sikap yg sebegini rupa agar perkar-perkara sebegini tidak berlaku lagi..
wang untuk menanggung kerugian yang sepatutnya boleh disalurkan untuk keperluan lain kini terpaksa digunakan untuk membiayai kerosakan yg dilakukan oleh peminat yang tidak bertanggungjawab...

P/S: harap masing-masing ambil positiif tentang perkara ini...

Monday, November 9, 2009

Malas

ADUUUSSSSSS

Semester break da nak abes daaa
15 November ni da balik sane daaa
Allaaa Shah Alam je pon..
haha
Cuti ni aku wat pe yer??
rase nye banyak masak jer...
haha
aku pandai masak la wehhh
so pade laki2 di luar sane tuh
korang blaja2 la masak keyh..
haha

Friday, September 4, 2009

Exam Oh Exam

Ello!!
da lame tak update blog ni...
hari ni nak cite sket...
ni baru je abes test 2...
tadi baru jawab test engineering mathematics(ENG033)
kali ni bole jawab ngan baik jer
tapi confirm satu soalan da salah
haha
lagipon tadi time jawab, perot ni meronta-ronta mintak ke tandas..
hehe..
ni minggu depan ade lg test..
ade test introduction to engineering hari isnin ni
hari khamis ade test engineering Chemistry
pastu sok hari sabtu ade test engineering computing
haha
minggu ni penuh dgn test jela nampaknye
hhoho
wat mase ni tu jela nak citer
sampai bjumpe lagi
tata!!!!!!!!

Monday, August 24, 2009

Ahlan wasahlan ya Ramadan

Alhamdulillah...

Akhirnye ramadan yang ditunggu-tunggu kembali jua...Ape sebenanyer yg dimaksudkan dengan puasa ni...Puasa bermaksud menahan diri daripada mkn n minum serta segala yang boleh membatalkan puasa, dari terbit fajar hingga terbenam matahari.


Firman Allah:
" Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. " (surah Al-Baqarah: 183)


Terdapat juga hadis Rasulullah yang ditegaskan baginda melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."


Dalam dua dalil di atas telah ditekankan bahawa berpuasa pada bulan Ramadan ini adalah wajib bagi semua umat Islam.


Dalam bulan Ramadan ini juga terdapat malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.
Malam yang dimaksudkan ni ialah malam Lailatul-Qadar.


Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda:
“ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”


Banyak kelebihan Ramadan ni..So, mai lah kite beramai-ramai berebut kelebihan ramadan ni dengan meninggalkan laranganNya, patuh perintahNya, serta memperbanyak amalan sunat.
Marilah kita mencari keredaan Allah dan bertaubat dengan dosa-dosa lalu..
Insya-Allah selepas Ramadan ini kita akan menjadi insan yang lebih baik drpd sebelumnya.

Jangan sia-siakan ramadan ini kerana mungkin kita tidak sempat untuk menyambut ramadan seterusnya...



P/S: Yang baik-baik tu datangnya dari Allah, yang Buruk itu datangnya dari diri saya sendiri..Kalo ade sala komen tau



Thursday, August 13, 2009

WhO aM I????

AssaLaMualaikum!!!!!!


Sebelum saya memulakan kegiatan berblogger saye ni. Saya teringin nak memperkenalkan siapakah tuan punya blog nie...

Nama diberi Najmi Haziq B. Badrulhisam...




Saya dilahirkan pada tarikh 2 Oktober 1991...





Sblom ni saye bersekolah di SMK Darul Ehsan..





Sekarang saya belajar di Universiti Teknologi Mara

saya juga seorang Pengakap



dan inilah saya!!





haha!!!tak lah...
ni la saye


HAI!!!!!
yang tengah tu saye

saye harap sume dapat enjoy blog saye..
jumpa lagi!!!!!!