Tuesday, November 24, 2009

Kita Dah Terlalu Selesa

Assalamualaikum n selamat sejahtera..

Dah agak berhabuk jugak la blog aku nih.

So arini aku nak ceritakan sumting yang bagi aku, berbentuk motivasi dan untuk membuka mata kita....

Aku harap semua yang bace post ni dapat membuka mata korang dan muhasabah diri supaya kita tahu di mana letaknya diri kita sebenarnye...

Harap semua dapat bace dengan tenang dan booleh la komen ape2 korang nak...
Insya-Allah aku reply balik..


KITA DAH TERLALU SELESA
Apa yang kita faham tentang ungkapan di atas ni???Mungkin pada pendapat sesetengah golongan, mereka tak mengambil-endah tentang perkara ini..Tetapi ada juga sesetengah orang yg faham akan situasi ini.

Jika kita lihat sekeliling kita, kita telah dihadiahkan dengan pelbagai kemudahan. Jika kita hendak bergerak kemana-mana, kita boleh menaiki pengangkutan awam dan sebagainya. Tetapi mengapakah masih ada yang merungut???Mengapa kita tidak bersyukur dengan apa yang kita ada??Jawapannya terletak pada ungkapan di atas.. KIta sudah terlalu selesa dengan apa yang kita miliki...

Kini kita mempunyai segala-galanya. KIta ada rumah untuk kita tidur, kita ada makanan untuk dimakan, kita ada air untuk diminum, kita ada segala-galanya..Tetapi persoalannya, mengapa kita masih bersungut????Mengapa kita jadi begini??Jawapannya terletak pada ungkapan di atas..

Lahirnya kita didunia ini, kita telah mempunyai segala-galanya. Kita telah disuapkan dengan gaya hidup yang senang. Oleh itu, kita tidak mampu untuk mengharungi cabaran yang mendatang. KIta sudah terlalu selesa. Pernahkah terfikir, ketika kita sedang bergelak ketawa, ada mereka yang menangis, ketika kita sedang merungut tentang makanan kita, ada yang lapar dan mati kebuluran, ketika kita nyenyak tidurdengan nyenyak, ada yang tidur beralaskan bumi dan mereka berharap tidak akan bangun lagi keesokan harinya...Pernahkah kita terfikir????

Kita sudah terlalu selesa..

Oleh itu rakan-rakan, muhasabahlah diri kita semula. Ubah minda dan perangai kita kepada sesuatu yang lebih baik. Janganlah kita sering merungut sebaliknya kita patut lebih bersyukur kerana Allah tidak suka hambanya yg merungut tetapi ALlah suka kepada hambanya yang bersyukur..

Mungkin sampai disini sahaja untuk kali ini...

Yang baik-baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri..

P/S :
Korang bace la post yang belabelkan motivasi.Insya-Allah ada sumtin yang korang dapat dan sama-sama kita berusaha mengubah diri kita untuk menjadi sum one yang lebih baik..

Feel free to comment





Saturday, November 14, 2009

Nak balik kampus daaa!!!!!!!!

Assalamualaikum n sejahtera!!!!!!

Sok 15.11.09 aku da nak balik UiTM Shah Alam daa...
Sem due da start..
hoho
orang lain cuti, aku blaja..

Aku amek ASASI KEJURUTERAAN..
Under FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIA..
Ni la Science & Technology Tower 2..
Kat sini la aku blaja..
Beso woooo.....
haha

Ntok sem due ni aku still lg dok Kat KOLJ PERINDU..

sem lepas aku dok kat bilik 1509..
aku harap sem ni aku still dapat bilik tu lagi...
hehehe


Bagi yang bercuti tu...
Selamat bercuti!!!!!!!!!
Tapi yg kena masuk tu...
Korang pegi la blaja weh!!!!!!!!!!
haha

Rase nye takde pape nak ckp daa..
Moge berjumpa lagi...

Assalamualaikum n Babai!!!!!

Wednesday, November 11, 2009

Peminat Ohhh Peminat.....

Pelawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan & N.Sembilan baru shj berakhir.


Perlawanan yg dihadiri beribu-ribu peminat Kelantan dan Negeri Sembilan ini telah berakhir dengan kemenangan N.Sembilan dengan keputusan 3-1.

Namun begitu, perlawanan ini dicacatkan dengan kerugian sebanyak
RM 214 000..

Kerugian ini berpunca daripada tindakan liar peminat yg bertindak merosakkan harta benda di Stadium Nasional itu..
Peminat tergamak meembakar kerusi seperti di atas..
mengapa begitu??

Hal ini mungkin kerana peminat itu terlalu emosi sehingga tergamak buat perkara sebegini..
walaupun hanya segelintir peminat yang buat begini..
tetapi kerana nila setitik rosak sesusu belanga

Jangan sampai tahap peminat yg berkenaan tidak dibenarkan untuk menyokong di stadium lagi..

peminat haruslah menjaga etika masing-masing
jangan sampai memalukan pihak yg disokong

Kepada rakyat Malaysia,,,

Ubah lah sikap- sikap yg sebegini rupa agar perkar-perkara sebegini tidak berlaku lagi..
wang untuk menanggung kerugian yang sepatutnya boleh disalurkan untuk keperluan lain kini terpaksa digunakan untuk membiayai kerosakan yg dilakukan oleh peminat yang tidak bertanggungjawab...

P/S: harap masing-masing ambil positiif tentang perkara ini...

Monday, November 9, 2009

Malas

ADUUUSSSSSS

Semester break da nak abes daaa
15 November ni da balik sane daaa
Allaaa Shah Alam je pon..
haha
Cuti ni aku wat pe yer??
rase nye banyak masak jer...
haha
aku pandai masak la wehhh
so pade laki2 di luar sane tuh
korang blaja2 la masak keyh..
haha